Bergaduh yang bijaksana..

Friday, January 14, 2011

Wow...gua caya Lu Umi..



Kitorang rasa macam nak geng ngan Umni la...

Kitorang respek dia berani...firm....fuhhh....

Karpal sama Anwar dia sapu satu kali...fuyooo UMI...kitorang tabek spring  kat you..

Aku ngan kengkawan dah janji...kitorang nak careful sikit...tak mau terlibat demonstrasi jalanan mcm diorang selalu buat tu...

Rupa-rupanya dipimpin oleh manusia-manusia yang terukkkk...

Dulu kitorang tak faham konspirasi tu apa amenda nyer...
Kitorang ingatkan konspirasi tu Tun Mahathir buat jahat pada Anuar...rupa2nya tidak gitu..

Sekarang kitorang faham la...apa sebenarnya maksud konspirasi tu...

Cauuuu-cauuuuu....kitorang nak gi tolong angkat barang member pindah rumah...peh tu nak gi solat jumaat la pulak ari ni... 

Korang baca la sendiri kat sinBlog Umi - srikandi7

Ummi Hafilda cabar Anwar berdebat

2011/01/14

SUBANG JAYA: Ummi Hafilda Ali semalam mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya terlebih dulu berhubung kes salah laku seksnya sebelum mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai 'Program 100 Hari Pakatan Pembangkang'. 

Ummi Hafilda yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1999 turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga abangnya melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya



“Saya cabar Anwar Ibrahim berdebat dengan saya. Buat apa dia nak berdebat dengan Najib. Saya cabar Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berdebat dengan saya dulu sebelum mereka menawarkan diri menjadi pemimpin.
“Saya juga cabar mereka membuat sumpah laknat untuk buktikan kepada semua rakyat negara ini bahawa semua kata saya adalah fitnah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ummi Hafilda mendakwa cabarannya bertujuan menjelaskan kebenaran semua fakta yang didedahkannya 13 tahun lalu yang didakwa Anwar dan Azmin sebagai fitnah bagi merosakkan imej Anwar.

Katanya, beliau mengambil masa 13 tahun untuk bertindak kerana selama ini menghormati nasihat ibunya supaya bersabar dan tidak mengeruhkan lagi hubungan dengan Azmin.

“Kemunculan semula saya ketika ini bukan mencari publisiti tetapi untuk membersihkan nama saya dan tidak mahu masyarakat Melayu terutama golongan muda terus tertipu dengan Anwar dan konconya,” katanya.
Terdahulu, Ummi Hafilda yang ditemani penasihat undang-undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, beliau akan memfailkan saman RM700 juta terhadap Anwar; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan PAS.

“Saya akan memfailkan saman ini secepat mungkin kerana mahu menyelamatkan bangsa, agama dan negara ini daripada individu yang tidak layak dipilih atau dipanggil sebagai pemimpin. Sekarang kita sedang mengumpul semua dokumen untuk dikemukakan ketika perbicaraan,” katanya.



No comments:

Post a Comment