Bergaduh yang bijaksana..

Sunday, July 3, 2011

AmBiga HaSuT Ke JaLanRaya...RakYat SanGguP MaTi PeRtaHan PiLihaNraYa..

kitorang tak pedulik...atas nama agama, bangsa dan negara...kitorang akan pertahankan sampai mati...


Mak kitorang takkan nangis..klw kitorang mati kerana pertahankan negara...tapi mak kitorang akan malu klw kitorang kena duduk dlm lokap krana buat kerja sia2..


(Berita Harian) - Lebih empat juta ahli Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) sedia menjadi 'perisai negara' pada perhimpunan haram anjuran BERSIH, Sabtu ini bagi berdepan tindakan agresif yang mungkin dicetuskan ahli gabungan itu.

Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden PESAKA, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebagai sebuah gerakan yang berpaksi dan mendaulatkan perlembagaan negara, PESAKA akan sentiasa memastikan Malaysia aman dan makmur. 

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba atau berniat menghina dan menafikan lima prinsip Rukun Negara yang terkandung dalam perlembagaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

“Pada masa sama, kami makin tidak berpuas hati serta tercabar dengan kebiadapan Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga yang sejak dulu berterusan menghina Melayu dan Islam sehingga berani merancang perhimpunan haram.

“Justeru, PESAKA memberi amaran keras kepada Ambiga supaya menghentikan rancangan menganjurkan perhimpunan haram, Sabtu ini atau berdepan kemungkinan berlakunya kekacauan melampau seperti 13 Mei 1969,” katanya selepas menghadiri perjumpaan dan mesyuarat bersama guru-guru silat Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Perguruan PESAKA yang juga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju dan 211 guru silat lincah seluruh negara.

Omardin pula berkata, jika Ambiga berdegil ingin meneruskan perhimpunan haram itu, PESAKA berjanji akan bertindak dan melakukan apa saja untuk memastikan kestabilan negara terpelihara.

“Ambiga perlu bertanggungjawab 100 peratus atas segala implikasi atau kejadian buruk yang bakal berlaku kepada rakyat dan negara akibat perhimpunan haram itu,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi membantah perhimpunan haram di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

Persatuan yang menaungi lebih 2,000 peniaga di sekitar Jalan TAR sebulat suara menolak perhimpunan itu diteruskan kerana boleh menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Pengerusinya, Che Kamarudin Ibrahim berkata, demonstrasi jalanan bukan saja melumpuhkan kerancakan ekonomi malah merugikan golongan penjaja, peniaga dan negara.

Sebelum penyerahan memorandum itu, kira-kira 1,000 tandatangan peniaga dan orang awam berjaya dihimpunkan bagi menyatakan bantahan perhimpunan haram di kawasan terbabit.

Satu laporan polis turut dibuat di IPD sama bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak polis jika perhimpunan itu diteruskan, Sabtu ini.




No comments:

Post a Comment