Bergaduh yang bijaksana..

Saturday, October 9, 2010

Leceh la...kitorang jadi pening...



Biasa la...ari minggu kitorang lepak-lepak kat tepi taman bunga. Kitorang tak kacau saper-saper pun. Mak kitorang dah pesan..jangan buat hal, nanti susah. Sebab tu kitorang tak merempit. Tengok jer ada la. Tapi kalau ada makwe kitorang acah-acah gak...sajer jer...seronok-seronok...kata orang beruk mana tak suka pisang kan...

Kitorang duduk-duduk sambil citer pasal motosikal...pasal seluar jean...pasal cerita antu kat tv. Kadang-kadang pasal cam mana nak cari duit.

Tengah dok lepak tu datang la sorang Mamat. Besar gak motosikal dia. Kitorang tak kenal pun. Tapi dia smart la. Bagi salam, senyum, hulur tangan. Kitorang pun tak kisah lah. Nak berkenalan, apa ada hal.

Dia pun tanya..."you all dah jadi ahli?..."

Kitorang tak tahu hujung pangkal, tak nak menjawab. Tapi Husin Kotak sajer-sajer tanya.."ahli apa bang?"

"Kumpulan Angkatan Peduli Insan...errr...nama pendeknya API" kata Mamat tu.

Kitorang tengok muka masing-masing. Tak pernah dengar pun. Kumpulan apa ni? Kumpulan nasyid ke..group rempt ker...geng tarik kereta kot...

"Ini adalah kumpulan aktivis refomis" tambah Mamat motorsikal besar tu. Agaknya dia dah baca muka kitorang ni macam tak paham jer.

Lagi la kitorang tak faham...apa yang insaf...apa yang refomis...hisssh tak pasal-pasal jer potong steam kitorang nak lepak ari ni. 

"Kita adalah generasi muda. Sebagai generasi muda, kita adalah reformis. Kita mesti berani buat perubahan.." sambung Mamat dengan bersemangat.

"Perubahan apa bang.." Usup Celapak pulak mula nyebok bertanya. Mamat itu pun hulur sebatang rokok pada Usup.

"Yess...you ada bakat sebagai reformis...ada bakat..." Mamat tepuk belakang Usop. Usop heran tapi nampak air mukanya dah naik syok semacam jer.

 "Perubahan pada negara ini.....negara you all ... negara kita semua...yang penuh dengan kemungkaran...ketidakadilan...kezaliman dan penindasan..." Mamat bercakap macam pemidato tengah naik sheikh.

"Kita kena reform..kena ubah..kena tukar dasar dan hala tuju negara..kalaw tidak kita akan ditelan hidup-hidup..dianiayai sepanjang hayat dan keturunan kita..." Mamat tu dah macam nak naik minyak. Buang puntung rokok ke atas rumput dan memijak-mijaknya dan pasang lagi sebatang.

"Sanggup ke kita dianiayai tiap hari? Sanggup biarkan harta rakyat dirompak  di depan mata kita? Sanggup kah tengok keluarga kita, sedara mara kita, kawan-kawan kita dizalimi sepanjang masa?" Hisssh dah melarat-larat mamat ni.

Kitorang tengok muka sesama sendiri. Ramai yang tak paham la.

Saper yg kena aniaya ni? Saper pulak yang kena rampok? Bila pulak family, kawan, sedara mara yang dizalimi? Saper yang zalim benar tu

Hissh kitorang makin tak paham la apa hal Mamat ni cakap gitu.

Tiba-tiba Akop Gincu menyebok dengan soalan mendadaknya.

"Bang...bang,,,apa abang cakap ni...kitorang tak paham la...abng ni saper?

"Oooo korang tak tau yer...takpe...takpe...for your info...aku adalah reformis...aktivis reformis..." jawabnya sambil membuang puntong rokok dan membakar sebatang lagi.

"Apa tu bang...kumpulan nashid baru ke..." Akop Gincu selamba bodo jer bertanya lagi.

Tiba-tiba hanfon Mamat tu berbunyi. Terus dia beredar sikit ke tepi pokok. Tak sempat la dia jawab terus soalan jurutanya kitorang tu.

"Yes...yess hello...I kat sini...ada kerja ni...ha'a...yes..yes...nanti la dulu...ha'a....ha'a...ok...ok...you settel la dulu...ha'a...sat lagi...sat lagi." suara Mamat jelas. Sibuk jugak Mamat ni. Dia datang lagi nak sambung semula.

"Ooo tak paham yer...tak pernah dengar?...takpe...takpe....biasalah anak muda... errr...tapi korang memang ada class...ada bakat besar jadi reformis...aku nak bagi tau...kita sebagai reformis...mesti jadi aktivis...bila ramai aktivis reformis...kita akan buat reformasi..." hanfon Mamat tu berbunyi lagi. Beredar semula ke pangkal pokok ceri tu.

"Ok...sat lagi jer...ha'a...yer...yer...kalau susah sangat you masuk bilik dulu...tunggu I...nanti habis kat sini..I terus ke sana....yess...yess..ha'a...ha'a...." Mamat ni betul-betul sibuk. Sebaik melangkah ke arah kitorang, hanfon berbunyi lagi. Kitorang kesian pun ada kat Mamat ni.

"Yess...yesss...ha'a...ha'a...ooo mestilah....you jangan lupa KY Jelly tu...ok...ok...you masuk bilik dulu...ala..mandi-mandi la dulu....spray la perfume tu...hehe...sementara I tiba...ok..ok..." Amboi sibuk benar aktivis reformis ni yer. Kitorang cuma tengok muka sama sendiri jer.

'Gini lah...I sibuk sangat ni...petang esok...di mana boleh jumpa korang...kat sini gak...boleh?" Mamat bergerak ke arah motosikal besarnya sambil memakai topi keledar.

Kitorang pun tak tahu nak jawab. Taktahu hujung pangkal. Tapi Akob pulak buat hal. Dia boleh janji pulak nak datang petang esok.

Enjin motosikal besar Mamat pun berdeput-deput meninggalkan kami.

"Yang kau janji jumpa petang esok tu apa hal?" Husin Kotak menjegil Akob Gincu.

"Aku sajer jer...dia pun memang nak belah...lantak la...kalau tak nak pegi esok...usah ler pegi...bukan susah.." Akob ni memang simple punya balak.

"Aku tak paham le apa dia cakap tadi...bunyinya macam nak ajak kita masuk group..." Husin Kotak merapu sorang-sorang dia.

"Elok kita bincang hal ini...aku tak paham la...apasal dia kata kita ni dizalimi?...Saper yang zalim pada kita tu?..." Usup Celapak pun nampak macam senget jer bila bercakap.

........bersambung (petang esok Mamat motosikal besar datang ngan sorang lagi kawan dia...jambu punya ..)

Sunday, October 3, 2010

Kitorang tak tau - nak doa ke nak kutuk

Dah lama kitorang tak tulis...ada member bising...
geng kitorang sibuk la sikit...cari duit nak idup..

Tapi ari ni kitorang terasa nak tulis gak...
sebab kitorang tak paham la...politik ni cam maner...

Diorang kata Tun Det sakit...biasa la...dia dah season...umur dah banyak...
Tapi apasal lak Tun Det dihina...

Kitorang lagi tak paham la...ada yang siap suruh baca doa lagi...
Suruh Tun mati cepat...boleh ke doa cam tu...kitorang tak paham...

Ustaz kitorang kat sekolah dulu kata...Islam tu agama yang paling baik paling best dlm dunia...
Ustaz kata...contohnya...klw jumpa kawan...beri salam...kenal ke tak kenal ke...beri salam..
Ustaz kata...salam tu doa untuk sedara kita..apa lagi klw seagama..

Yg kitorang tahu...Tun Det tu org Islam...baik...berjasa besar...
Kenapa ada orang suruh dia mati cepat...

Issshh...kitorang tak pandai sngat agama ni...

Sekarang ni cam maner...
nak doakan Tun Det mati cepat ke...doakan dia semboh

kitorang caaauu la dulu...ramai geng nak balik kl ari ni...
nak gi b/fast sat...

kitorang mintak maap kat Mr Housepk....
sbb nyebok jer ambik posting dia tanpa kebenaran.
kitorang tak paham la.

parpukari.blogspot.com/

adie79
Koperal
Koperal


Joined: Dec 17, 2009
Posts: 604
PostPosted: Sat Oct 02, 2010 3:27 pm    Post subject: doa cepat matiReply with quote

mari kita pakat2 doa supaya che det mati cepat2

wap neraka dah lama nak bakar dia...kerana mulutnya yang jelas menghina hukum hudud...hukum primitif katanya

orang yang mengatakan kalau nak makan sup tangan sila datang kelantan...kalau korang nak tahu...MENATANG CHE DET CELAKA LAKNAT nilah orangnya

muda2 tak nak mampos...tua2 menyusahkan Islam

kurang ajar dan memang dah takde akhlak. pakai nama islam tapi perangai macam XXXX! apa  pula kata dorang kalau nik ajis pulak yang sakit ? KLIK SINI

Ini aku ambik dari blog GAP! Korang tengok la betapa kurang ajarnya penyokong-penyokong PAS ni! Seburuk-buruk kita pun, kalau ada pemimpin PAS yang sakit kita semua akan mendoakan supaya mereka sihat! Bukan atas dasar parti tetapi atas dasar Islam!

Inikah diajar PAS kepada pengikut-pengikutnya?